Oryukdo Skywalk Busan.

Saya ke sini selepas split dengan kawan sekembara. Dia pi shopping ke Nampo Street, saya pula ambil bas ke Oryukdo Skywalk. Waktu sampai sini sedang hujan. Jadi Skywalk tu tak dibuka. Lagipun angin kuat. Saya ambik angin tepi tebing ja. Ada trek untuk kita trekking. Layan yang tu pun dah cukup.

Sebelum sampai sini sebenarnya saya tersesat. Nasib baik la ada Oppa dan Unni tolong tunjukkan bas yang betul. Lega. Di sini pula saya sempat berjalan dengan warga emas dari Jepun yang datang bersama isterinya. Terkejut depa tengok saya yang kecil molek pi sini sorang-sorang bawa hati yang luka. Luka sangat. Tah apa apa. 😂

Image
Image

Belakang tu dari jauh nampak Skywalk.