tips

Liang pori (Pores). Perkara yang perlu anda tahu.

Saya pasti ramai rakyat Malaysia terutamanya kaum hawa selalu merasa resah apabila melihat liang pori muka yang besar pada wajah mereka. Tapi tahukah anda apa itu liang pori dan mengapa saiznya berbeza antara kita. Jom kita lihat sedikit penerangan berkaitan liang pori dan cara mengendalikannya dengan betul.

Apakah itu liang pori (Pores)?

- liang pori adalah pembukaan kepada folikel rambut di setiap bahagian kulit kita.

- pada kulit wajah, kebiasannya saiz liang pori amatlah kecil dan kadang kala tidak kelihatan oleh mata kasar.

- tetapi di setiap liang pori tersebut, terdapat kelenjar miyak (oil gland) yang menghasilkan minyak semulajadi untuk kulit dan boleh menyebabkan liang pori anda kelihatan semakin besar akibat dari lebihan minyak tersebut

- perkara ini terjadi kebiasaannya setelah seseroang lelaki atau perempuan mencapai umur akil baligh.

Mengapa saiz liang pori berbeza?

- pada kebiasannya, saiz liang pori berkait rapat dengan faktor genetik dan hormon.

- menurut Dr Doris Day, seorang dermatologist yang berpengkalan di New York mengatakan walaupun seseorang itu tidak boleh mengubah genetik tetapi masih banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan liang pori yang lebih kecil

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan 'pores'?

- Jawapannya adalah tidak boleh. Tiada satu produk kecantikan pun yang mampu membuatkan liang pori kelihatan kecil atau hilang untuk selamanya.

- Akan tetapi menurut satu kajian yang dijalankan di USA, penggunaan topical retinoids atau retinol (vitamin A) mampu membantu mengatasi masalah ini.

- retinoid membantu dalam dua cara : 1) menggalakkan proses pembaharuan sel kulit, dan 2) dan membersihkan plug yang tersumbat didalam liang pori.

- Penggunaan salicylic acid juga amatlah membantu dalam membuang sel kulit mati yg boleh menyebabkan liang pori tersumbat lalu menyebabkan pori kelihatan besar.

Apakah cara untuk mendapatkan saiz liang pori yg kecil?

- terdapat pelbagai cara yang dapat membantu kita mendapatkan saiz liang pori yang kecil

- salah satunya adalah dengan penggunaan 'sunscreen' yang maximum setiap hari.

- hal ini kerana, kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu akan menyebabkan kelenjar minyak yang terdapat pada kulit kite menghasilkan minyak yang berlebihan.

- hasil dari lebihan minyak pada kulit tersebut akan membuatkan liang pori menjadi besar akibat daripada pengumpulan minyak tersebut.

Adakah dengan mengawal minyak pada kulit muka dan penjagaan muka yang rapi dapat merawat masalah ini?

- bahan-bahan seperti salicylic acid, niancinamide, caffein, dan retinol dapat memberikan kesan positif pada kulit wajah khususnya pada liang pori.

- pengambilan antioksida tambahan secara oral seperti niacinamide, zinc, copper dan folic acid juga dapat membantu dalam proses mengecilkan liang pori.

- terdapat kajian yang mengatakan pengambilan antioksida ini turut dapat membantu melambatkan proses penuaan. Siapa yang tidak mahu untuk kekal kelihatan muda bukan?

Apakah rawatan yang sesuai bagi masalah ini ?

- terdapat beberapa rawatan yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini.

- di Hannan Medispa Johor Bharu, kami menyediakan beberapa kaedah rawatan antaranya :

1/ Radiance Facial

2/ Cleopatra therapy

3/ Carbon peel therapy

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai jenis kulit anda dan rawatan yg bersesuaian, silalah kunjungi kami di Hannan Medispa berdekatan anda.